TERMA DAN SYARAT


A – Jika anda menggunakan mesin cash deposit atau anda membayar di kaunter bank, SILA SCAN ATAU MMS gambar resit pembayaran kepada kami. No telefon akan kami beri semasa menghantar invoice.
Jangan sesekali tindih tulisan bank dengan pen atau pensel. Ini juga akan membuatkan resit itu tidak valid pada kami. 
B – Jangan lupa, lepas sahaja membuat bayaran, EMEL KAMI SEMULA untuk membuat pengesahan atas pembayaran anda!! Kegagalan anda untuk tidak mengesahkan pembayaran, membuatkan kami TIDAK DAPAT PROSES untuk pengeposan barang! Jadi, bukan salah kami jika anda tidak mendapat barang dalam tempoh yang sepatutnya.
C – Kami akan memberi anda Tracking Number pada email atau meletakkannya di website, selepas pengeposan dibuat. Jika tiba-tiba barang yang anda order tiada atau rosak, kami BERHAK mengembalikan duit anda semula atau menukar item dengan persetujuan kedua belah pihak.


PENUKARAN ITEM

A- Penukaran item/barang hanya boleh dibuat jika barang anda:
- rosak (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak,tidak sama potongan)
- pihak KAMI tersalah pos barang

B- Kami akan meletakkan semua saiz ukuran muka pada semua tudung keluaran kami di website dan jika setelah anda mendapat barang, dan saiz muka tidak muat atau terlalu besar atau saiz body tudung terlalu kecil, kami tidak akan memulangkan duit atau membuat sebarang penukaran kerana setiap kali anda membeli, anda sepatutnya telah baca ukuran yang kami berikan dan juga telah setuju dengan terma dan syarat.

C- Jika ada item yang rosak atau pihak kami tersalah pos, kami akan membayar kepada anda kos pengeposan dari pihak anda dan kami akan menanggung kos di pihak kami juga.

D- Jika tudung tidak sesuai dengan anda (atas budi bicara kami), kami akan mengembalikan semula wang tetapi kos pengeposan sebelum ini tidak akan kami pulangkan. Juga, jika barangan hendak ditukar, kos pengeposan kedua-dua belah pihak ditanggung oleh pembeli.


  Untuk yang membuat cash deposit, boleh SCAN atau MMS KAMI bukti pembayaran. Pastikan bukti itu haruslah JELAS, TERPAMPANG NO AKAUN, AMOUNT TRANSFER, MASA DAN JUGA TARIKH PEMBAYARAN.

SELEPAS MENDAPAT TRACKING NO

A- Pembeli seharusnya mengetahui dan faham bahawa selepas saja peniaga online memberi tracking no, Pos Malaysia dan pihak pembeli yang harus bertanggungjawab jika ada sebarang kehilangan, barang tidak dapat lagi dan sebagainya.

B- Pembeli online harus menerima risiko bahawa item yang dipos berkemungkinan hilang atau rosak disebabkan kecuaian pihak Pos Malaysia.

C- Tetapi anda tidak perlu risau, pihak KAMI akan tolong anda untuk trace item anda. Kadang-kadang item telah sampai ke tempat pembeli, tetapi pada masa Posmen hantar item, pihak pembeli tiada di alamat yg ditulis.

Perlu juga ingat, kadang-kadang pihak Posmen, tidak akan meletakkan notis bahawa mereka telah sampai ke rumah anda tetapi anda tiada. 

Jika item hilang, atau rosak, pembeli ada kuasa untuk meminta ganti rugi daripada POS MALAYSIA dan mereka seharusnya mengembalikan duit anda dengan kadar segera.

Jika barang tidak sampai bukan disebabkan kami tidak bagi tracking no, anda HARUS cek dengan Pos Malaysia dahulu. Jika Pos Malaysia mengatakan no track tiada dalam sistem/pengirim harus contact pos malaysia, barulah anda email kami untuk pengesahan. 

DI BAWAH TRACE  LINK


ORDER DAN PERTANYAAN

Anda ingin membuat?
Name:
Email Address:
Alamat untuk pengeposan:
Poskod:
No. Telefon yang aktif:
Kod yang ingin di beli:
Preferred Shipping Method:
Cara Pembayaran:
Tempoh Pembayaran:
Saya setuju dengan terma & syarat ya
tidak

Form provided by Freedback.